Search This Blog

SIAKAP MASAK STIM SEMPOI

Balik dari keje tetiba terserempak ngan ikan siakap...RM19/kg, murah ke mahal belasah jer la kalu teringin..Barang kat Putrajaya memang mahal sikit...Jangan compare la dengan harga kt Kampung memang lari orang kampung tengok harga kt Putrajaya ni..cer compare ngan US atau Jepun, sah-sah ikan kita murah hihkihk...Lama tak masak ...Rasa nak mkn ikan stim arini..Dah balik, aku mandikan ikan ni comel-comel,sabun ngan perahan air limau+asam jawa(bagi hilang bau)..Resepi ni memang sesuai untuk orang yang balik keje then tak tau nak masak pe+ takde masa nak masak(malas) + untuk orang yang takde bibik
So bahan-bahannya adalah:
2 batang jagung baby, 1/2 batang carrot, sekuntum cauliflower, 1 biji tomato



Seekor ikan(siakap/kerapu/bawal) pun boleh...mandikan dnegan air perahan limau+asam jawa...Supaya hanyir hilang..Dan jangan lupa berselawat....Semasa duk basuh ikan ni, air dalam periuk kukus dah boleh dipanaskan...

Daun sup+bawang(sepokok)

3 ulas bawang merah+4 ulas bawang putih(dipotong nipis-nipis)

6-7 cili padi, Halia, bawang besar(chopped)

Mula-mula : letak ikan atas bekas yang sesuai untuk kukus, then taburkan bawang besar

Pastu taburkan hirisan halia

Then tabur la semua benda yang dipotong tadi:cili padi,bawang merah/putih

Tomato, cauliflower, jagung baby, carrot

daun sup+bawang=baru berseri!!

Akhir sekali:sos tiram(4-5 sudu besar)...Tak yah masukkan garam, air bagai...nanti bila kukus memang akan ada kuah,,dan sos tiram akan berikan rasa masin..

So tidurkan ikan tadi atas pengukus(air telah dipanaskan dari awal tadi semasa duk basuh ikan), biarkan dalam 10-15 min...

Jeng-jeng dah masak...Macam mana nak tau masak cer amik garpu dan tekan atas carrot..kalo lembut carrot tu masaklah ikan kita...Enjoi

No comments:

Post a Comment