Pada 20 Julai 2014 (Ahad), aku ras maca tak sedap badan. Masa ni bulan puasa. So aku bagi tau Hubby Yang rasa macam tak larat sangat dan rasa macam nak buka pose...Lagipun dah 3-4 hari memang tak lalu makan. So Hubby kata buka la posa kalo tak larat lagipun hari masih awal dan tak la rugi.. So rasa takpuas hati telefon mak tanya macamana ni nak buka posa..Mak pun kata yang sama kalo tak larat buka la pose...So aku pun minum la air... sejam pastu mula rasa macam nak demam.. Terus baring kat depan TV..Hubby pegang badan aku uihhh demam panas kuat. Aku pun rasa macam demam ni terlalu kuat (tak pernah alami demam yang begini). Siap request denga Hubby nak pi hospital sebab rasa badan lemah sangat. Kitaorang pun pi la Hospital Columbia Cheras. Di sana Doktor suspect aku denggi. Tapi Wad kat sana dah penuh. Terpaksa refer ke hospital lain. So kitaorang decide nak pi Prince Court Hospital.. Di sana aku tido terbaring atas kerusi(dah tak kisah dah) memang tak larat betul...Bila M.O check dia nak buat blood test untuk denggi (FBC, NS 1).. Sementara tunggu result doktor masukkan drip dan bagi IV maxalon(tahan muntah).. Perhh.. aku alergik dengan maxalon rupanya.. Aku rasa tercungap-cungap nak bernafas hampir 10 min. Minta ampun lain kali aku taknak dah Maxalon. NS 1 menunjukkan +ve...



Demam denggi ni spiking every 6-8 hours..Ada yang bagi jus daun betik tapi tak terdaya nak minum.. Aku minum jus pink guava...Orang kata boleh naikkan platlet juga..
Pemandangan dari bilik aku..Dah takde makna kalau dah tak sihat..
Makanan yang dihidangkan.. Boleh request..
Order macam orang lalu makan jer...Apa-apa pun terbaik lah makan kat Prince Court
Berpuluh botol drip masuk...
Western Food....Steak dan salad bagai..
Afif datang melawat mama... Tq famili datang melawat mama..
Bulan posa macamni la time nak buka posa.. Masak kat rumah dan buka posa ramai-ramai di Wad.
Afif baru pandai nak golek
Ni makanan kegemaran Marsya... Boleh habiskan semua.. No problem
Afif dah mula demam pada hari ke 5 aku demam Denggi..Rupanya Afif pun kena denggi juga... Pas aku discaj bersambung dengan Afif.. Cian umur 6 bulan dah kena denggi.. Doktor kat Columbia Hospital Cheras agak panik bila anak aku kena denggi.. Dia kata jarang budak-bidak bawah 6 bulan kena denggi.. Tapi di sebabkan aku tak pernah kena denggi so aku tak da antibodi terhadap denggi. So Baby aku pun tak da antibody terhadap denggi.. Dr suh cepat-cepat masuk wad sebab baby terlalu kecik...Afif masuk wad sehingga platlet naik 100 ke atas. Itupun dah nak raya, Dr bagi chance. Masa ni la si Afif satu wad dengan Scha Al-Yahya masa dia nak bersalin.
Ni kisah pas balik raya...Aku, Marsya, Arief dan Afif demam lagi dan dijangkiti diarrhea... Aku pegi hospital semula...
Result darah kali ke 2...Takde denggi..IgG Antibody tu adalah antibodi yang sedia ada dalam badan lepas kena denggi kali pertama.. IgM untuk acute phase semasa jangkitan.
So 4 orang kami admitted ke Prince Court Hospital (riuh rendah cari katil). Rupanya masa ni juga aku dapat tau sbenarnya Marsya dan Arief juga kena denggi tapi alhamdulillah tak teruk sangat, So 4 orang kami kena denggi dalam tahun 2014. Huhuhu dugaan hanya Allah yang tahu..
Arief diarrhea 9 hari, Marsya dan Afif 6,5 hari.. Last aku kena pulak..Apa kes ni..Semua diarrhea..
Amik Twin Sharing..Conquer bilik anak beranak..
Pas 3 hari kami semua discaj walaupun Arief still diarrhea.. Doktor kata disebabkan virus...Alhamdulillah semua dah kembali pulih...