Citer nye macam ni.. Selepas Marsya dilahirkan aku punyala kuno bab-bab perancang keluarga..Masa Marsya umur 8 bulan aku disahkan mengandung sekali lagi(accident ni). So pas Arief lahir aku tekad nk spacing skit. Pas diskus ngan en Hb, kami decide utk cuba Intramuscular (IM) Depoprovera...Nampaknya pas bbrp bln guna (injection kt bontot setiap 3 bulan skali) menyebabkan period aku berpanjangan...Adoiaiii susahnya nak kira bila nak solat,dan bila nak consider time period..Dah aku give up. Then ada specialist kt HKL suggest aku guna IUCD(Intrauterine Device) a.k.a masuk alat kat dalam rahim..
Mula-mula takut tapi aku ni jenis susah nak makan ubat perancang hari-hari dan jenis yang subur, so kami pun bersetuju utk guna IUCD. IUCD bole guna utk 3 thn je,pastu kena kluarkan dan re-insert kalo nak continue..IUCD kalo nak pakai kena beli, harga RM 100 la (aku dah lupa)..Okla guna IUCD selama 4 tahun lebih dan takpernah termengandung. En Hb memang nak anak 2 orang je. Katanya bajet. Aku nak ramai anak. Ada kawan aku guna IUCD tapi still termengandung lah,siap anak dia duk peluk IUCD tu..hikhik tipu je yang anak dia peluk IUCD tuh..Tapi mmg bukan 100% protective la bak pepatahnya..Still ada possibility utk pregnant (takleh lawan kuasa Allah kan)..Antara bahaya IUCD ni orang leh pregnant luar rahim..
So pada ujung bulan Mac, aku sendiri decide nak kluarkan IUCD (ampunkan isterimu ini wahai En Hb)..Pas kuarkan IUCD di Columbia Asis Cheras, aku didatangi period..Dan pastu dah tak de period pada bulan Mei.. Jengjengjeng...Pada awal bln Mei iaitu selepas pulang dari holiday di Singapura aku rasa kelainan pada diri aku...Rasa letih, tak lalu makan, loya dan yang paling tak tahan sakit pada bhgn buah dada disebabkan breast engorgement.. huhuhu punya la sakit...Aku tak expect la pregnant secepat itu.
So esoknya pegi keje (kat tempat keje dekat dgn Watson so aku pun beli la Urine Pregnancy Test (UPT)..berbekalkan tanda-tanda mengandung tadi aku dgn condifent nk try check urine(without husbnd's knowledge).Kalo nak check mesti check di awal pagi sbb hormon tgh tinggi..so pas dah buat agak lama gak nak positif, so aku tak sure, awat la lambat sgt nk +ve. so aku decide nk repeat pada minggu depan. Next weeknya mmg aku cek..alhamdulillah mmg strongly +ve...
Masuk minggu ke 7 macam tuh dah mula rasa loya dan muntah yang teruk sangat..Memang teruklah alahan aku ni (hyperemesis Gravidarum)..Sabar je la en Hb..Banyak gak la aku mc sbb masalah ni. Nasib bos dan kawan-kawan faham..Dah masuk minggu ke 12, aku dah ok... Masa ni aku sangat suka makan buat tembikai merah.. uhhh heaven kalo dapat mkn.Hari-hari aku nak makan.Sanggup aku berjalan ke Alamanda disebabkan si tembikai merah. Lain anak lain sukanya.. Masa pregnant Marsya aku suka makan tomyam (org ckp nnti anak garang, mmg garang pun)...Masa pregnant Arief aku tak de specific makanan kesukaan..
No comments:
Post a Comment