Search This Blog

Anak ke-3 dilahirkan

Tanggal 24/1/2014, anak ke-3 kami selamat di lahirkan di Hospital Putrajaya pada jam 11.30 malam.

Alhamdulliah, bayi itu adalah lelaki dan sihat sempurna sifatnya. Walau bagaimanapun, ada cerita di sebalik kelahirannya.

Melalui regular check-up, position anak dalam keadaan normal dan dijangka tidak mempunyai masalah. Tetapi, Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui, segala yang dijangka tidak seperti diharapkan. Kelahiran anak kami ini melalui pembedahan.

Ini kerana selepas hampir 10 jam di dalam labor room, pembukaan masiah dalam 3-4cm even air ketumban sudah pecah sejak tengahari. Pada jam 10 malam, doctor telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kerana membimbang keadaan baby.

Pukul 10 malam , isteri saya dimasukan ke dalam bilik pembedahan dan hampir 1jam30min saya menunggu dgn mentua saya, keluar seorang doctor membawa seorang bayi untuk diazankan.

Alhamdulillah , sihat dan jantinanya adalah LELAKI. Apabila ditanya keadaan mamanya, doctor memberitahu sihat dan akan kembali semula selepas  selesai semuanya.

Sebelum  itu, saya juga nampak doctor pakar (yang selalu merawatnya di ward) turun bergegas ke bilik pembedahan. Tapi saya tak pula menjangkakan apa2 selepas selesai semuanya, barulah doctor pakar ni cerita sebenarnya ada sedikit masalah ketika ingin mengeluarkan baby.

Rupa2nya kepala baby mendongak ke atas dan ini menyukarkan kelahiran secara normal malah pembukaan (pembedahan) di perut juga pendek sehinggakan berlaku pendarahan yg banyak. Mengikut kata doctor, mamanya kehilangan darah hampir 1.5 liter (Air botol mineral besar).

Alhamdulliah, kini semuanya selamat dan baby itu diberi nama AHMAD AFIF FIRAS.






No comments:

Post a Comment